Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Pemimpin PPPM secara dalam talian
4 May 2024
Pada 4 Mei 2024, seramai 536 pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia dari seluruh Malaysia telah mengikuti program sesi perkongsian ini secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.
Seramai 10 orang fasilitator telah membentang perkongsian pengalaman tentang amalan terbaik dalam laluan untuk menjadi pemimpin PPPM. Perkongsian bergokus kepada pencapaian dan anugerah yang yang boleh diperoleh oleh seorang pemimpin PPPM. Perkara yang dikongsikan oleh para fasilitator ialah seperti Skim Mutiara I, II, III, dan IV. Juru Bantu Mula (JBM), Kuarter Masters, Lesen Perkhemahan, Jurulatih, Anugerah PPPM Pemimpin dan Anugerah WAGGGS.
Semoga program ini dapat memberikan inspirasi kepada para pemimpin PPPM dalam memahami dan merancang pelan untuk menjadi pemimpin yang lebih baik di masa hadapan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan pesuruhjaya latihan, para fasilitator dan AJK yang terlibat dalam menjayakan program sesi perkongsian amalan terbaik pemimpin PPPM