Pertandingan Girl Guides Earth Day Celebration 2024
22 April 2024
Seramai 17,324 ahli Pandu Puteri telah menyertai pertandingan ini secara dalam talian yang bermula pada 22 April 2024 hingga 15 Mei 2024. Penyertaan untuk pertandingan ini amat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang hangat daripada ahli Pandu Puteri di semua cawangan.
Peserta telah melukis poster mengikut kreativiti masing-masing bertemakan Hari Bumi dengan menggunakan templet lukisan yang diedarkan melalui google classroom.
Pertandingan ini dianjurkan adalah sebagai usaha untuk menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan ahli Pandu Puteri untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
Mereka telah menzahirkan cara membudayakan gaya hidup hijau melalui poster yang dilukis seperti penggunaan elektrik secara cekap serta sentiasa mengamalkan aktiviti kitar semula.
Tahniah kepada semua ahli Pandu Puteri yang telah menyertai pertandingan ini kerana dapat menyampaikan mesej Hari Bumi 2024 melalui lukisan yang sangat kreatif dan menarik. Tahniah kepada para pemenang.
----------------------------------------
Girl Guides Earth Day Celebration 2024 Competition A total of 17,324 Girl Guides members participated in this competition online which started on 22 April 2024 to 15 May 2024. Participation in this competition was very encouraging and received a warm welcome from Girl Guides members in all branches.
Participants drew posters according to their creativity on the theme of Earth Day using drawing templates distributed via Google Classroom.
This competition was organized as an effort to appreciate the earth and instill a sense of responsibility and increase awareness among Girl Guides members to protect the earth and the environment.
They expressed how to cultivate a green lifestyle through the posters they drew, such as using electricity efficiently and always practicing recycling activities.
Congratulations to all Girl Guides members who participated in this competition for being able to convey the message of Earth Day 2024 through very creative and interesting drawings. Congratulations to the winners.