Latest News

Pertandingan Cilik Idol 2024 Sempena Hari Malaysia

1 September 2024
Image
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bahagian Pandu Puteri Tunas telah menganjurkan pertandingan Cilik Idol 2024 yang bermula pada 1 September 2024 hingga 30 September 2024.

Ahli yang telah menyertai pertandingan ini perlu melaksanakan satu daripada dua aktiviti iaitu menyanyikan satu lagu Kebangsaan/lagu Patriotik atau menarikan satu tarian bertemakan Hari Malaysia.

Pertandingan ini terbuka untuk semua ahli Pandu Puteri termasuk pemimpin Pandu Puteri. Ahli yang menyertai pertandingan ini berasa sangat seronok kerana dapat mempersembahkan bakat masing-masing dalam bidang nyanyian dan tarian. Antara tarian yang dipersembahkan ialah tarian melayu, tarian cina, tarian india serta tarian Sumazau dan tarian Iban.

Pertandingan ini juga dapat memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri serta memperluaskan pengalaman muzikal.

Tahniah kepada semua pemenang kerana dapat mempersembahkan persembahan yang sangat kreatif dan terbaik.

Terima kasih kepada Dato' Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Kebangsaan atas sokongan dan dorongan penganjuran pertandingan ini.

---------------------------------------

Cilik Idol Competition 2024 On Malaysia Day

The Girl Guides Association Malaysia, Brownie Girl Guides Division, has organized the Cilik Idol 2024 competition which starts on 1 September 2024 to 30 September 2024.

Members who have participated in this competition must perform one of two activities, namely singing a National/Patriotic song or dancing a dance themed on Malaysia Day.

This competition is open to all Girl Guides members including Girl Guides leaders. Members who participate in this competition feel very happy because they can present their respective talents in the fields of singing and dancing. Among the dances performed are Malay dance, Chinese dance, Indian dance as well as Sumazau dance and Iban dance.

This competition can also strengthen skills and self-confidence as well as expand musical experience.

Congratulations to all the winners for being able to present very creative and best performances.

Thank you to Dato' Yeoh Soo Keng, The National Chief Commissioner GGAM, for her support and encouragement in organizing this competition.
ImageImageImageImageImageImageImage