Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya 2024
8 October 2024
Pada 8 hingga 10 Oktober 2024 bertempat di Asia Camp, Semenyih, Selangor. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang dikendalikan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor selaku tuan rumah.
Seramai 525 ahli Pandu Puteri Tunas daripada 15 cawangan telah mengikuti Cabaran APPTKP 2024 dan telah dianugerahkan Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya 2024 oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia ,YBhg. Dato Yeoh Soo Keng .
Aktiviti cabaran yang menyeronokkan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh semua penerima anugerah antaranya cabaran Seni Tari Kreatif, Kolaj Gardenia, Explorace, Kembara Halangan dan Masakan Rimba.
Program ini telah memberi dorongan dan inspirasi kepada semua ahli Pandu Puteri yang lain untuk lebih bersemangat dalam menyertai program Pandu Puteri.
Syabas diucapkan kepada jawatankuasa Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Kebangsaan dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor atas pelaksanaan program dan majlis anugerah ini.
----------------------------------------
Chief Commissioner's Brownie Girl Guides Award Challenge 2024
On 8 to 10 October 2024 at Asia Camp, Semenyih, Selangor. This program is organized by the Girl Guides Association Malaysia, which is run by the Girl Guide Association Malaysia Selangor Branch as the host.
A total of 525 Brownie Girl Guides members from 15 branches participated in the APPTKP Challenge 2024 and were awarded the Chief Commissioner's Brownie Girl Guides Award 2024 by tge Chief Commissioner of The Girl Guides Association Malaysia ,Dato Yeoh Soo Keng .
Fun challenge activities were successfully implemented by all award recipients, including the Creative Dance Art Challenge, Gardenia Collage, Explorace, Obstacle Race and Jungle Cooking.
This program has encouraged and inspired all other Girl Guides members to be more enthusiastic in participating in the Girl Guides program.
Well done to the National Brownie Girl Guides Commissioner's Committee and The Girl Guide Association Malaysia Selangor Branch for implementing this program and award ceremony.