Latest News

Sambutan Hari Peringatan Sedunia PPPM 2025 | GGAM World Thinking Day Celebration 2025

23 February 2025
Image
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) meraikan Hari Peringatan Sedunia 2025 bertemakan “Cerita Kita” (Our Story) di Kompleks Sukan Al-Sultan Abdullah Universiti Malaya Pahang.

Majlis disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang, diiringi oleh Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Yang Berusaha Cik Candela Gonzales, Pengerusi Lembaga Dunia, Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Dato Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz, Timbalan Yang Dipertua PPPM Cawangan Pahang, Professor Dr. Yatimah binti Alias, Vice-Chancellor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, tetamu jemputan dan hadirin yang meliputi segenap lapisan ahli-ahli PPPM.

Majlis sambutan menyaksikan pelancaran 109 Tahun Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2025 di kalangan ahli, tetamu dan rakan Industri PPPM.

“Kami telah diberi peluang hari ini selaras dengan Hari Peringatan Sedunia 2025 untuk menulis cerita kami sendiri. Semasa anda meraikan keistimewaan hari ini, luangkan masa untuk berfikir tentang 10 juta saudara Pandu Puteri perempuan anda di 153 negara yang akan berkongsi perjalanan ini dengan anda. Sama ada dekat atau jauh, kita semua dihubungkan dengan janji, nilai, dan impian yang sama untuk visi sebuah dunia yang akan memperkuasakan gadis dan wanita muda.

“Tema ‘Our Story’ ini mengingatkan kita akan tanggungjawab kita untuk terus memartabatkan kepimpinan wanita muda, memperkukuhkan semangat perpaduan, dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Sambutan Hari Peringatan Peringkat Kebangsaan 2025 yang telah diadakan pada 22-23 Februari 2025 dengan kekuatan sebanyak 18 Kontigen iaitu seramai 1,800 peserta dari seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti dan pertandingkan diantaranya Pertandingan Junk Jam, Diorama Futurama, Pixel Code dan Girl Guides Aerobic. Selain itu terdapat juga pameran dan jualan . Pengalaman ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua ahli Pandu Puteri seluruh Malaysia.

Persembahan majlis perasmian turut menyaksi persembahan solo oleh Adik Alya Batrisyia dari SMK Jengka Pusat Maran dengan nyanyian bermakna dan menyentuh hati hadirin, “Greatest Love of All” dan juga pelancaran Penubuhan Pandu Puteri Klover di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang.

-----------------------------------------------------------------
WORLD THINKING DAY 2025 “OUR STORY” CELEBRATION BY THE GIRL GUIDES ASSOCIATION OF MALAYSIA (GGAM)

The Girl Guides Association of Malaysia (GGAM) celebrated World Thinking Day 2025 themed “Our Story” at the University Malaya Pahang Al-Sultan Abdullah Sports Complex.

The ceremony was graced and officiated by the President of GGAM Pahang branch,
HRH Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj accompanied by wife to the Prime Minister of Malaysia and President of GGAM YABhg. Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, The World Association of Girl Guides and Girl Scouts World Board Chair Ms. Candela Gonzales, Chief Commissioner of Girl Guides Association Malaysia Dato' Yeoh Soo Keng, Vice President of GGAM Pahang Branch, YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz,    Vice-Chancellor of University Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Professor Dr. Yatimah binti Alias, GGAM leaders and the rank and file of members of GGAM.

The ceremony witnessed the launch of the 109th year of The Girl Guides Association Malaysia World Thinking Day Celebration 2025 among leaders, members, friends and partners of the association.

“We have been given an opportunity today on World Thinking Day 2025 to write our own story. As you celebrate, take a moment to think about your 10 million sisters in 153 countries and territories who share this journey with you.
Whether near or far, we are all connected by the same promise, the same values, and the same dream of a better world for girls and young women.

“The theme, 'Our Story' is a timely reminder of our responsibility to continue to uphold the leadership of young women and its place, strengthen the spirit of unity, and inspire future generations. The 2025 World Thinking Day Celebration was held on 22-23 February 2025 which witnessed a display of strength of 18 Contingents, totaling 1,800 participants from all states in Malaysia. Various activities and competitions included the Junk Jam Competition, Futurama Diorama, Pixel Code and Girl Guides Aerobic. In addition, there were also exhibitions and sales. This experience was designed with the hope to benefit all the Girl Guides throughout Malaysia.

The day’s performance was capped by a solo performance by Adik Alya Batrisyia of SMK Jengka Pusat Maran with a beautiful rendition of Greatest Love of All and the day’s proceedings also witnessed the Inauguration of the Launch of the Clover Girl Guides at Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah by the President of GGAM Pahang Branch HRH Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.