Demo

  • Home
  • ANTARABANGSA
  • SAHABAT ANTARABANGSA

Matlamat

Matlamat PPPM 1

"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualiti".

"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya".

Objektif 1 Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat Cawangan
Objektif 2 Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh
Objektif 3 Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli
Objektif 4 Meningkatkan prestasi pemimpin
Objektif 5 Meningkatkan jumlah ahli
Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan
Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

Matlamat PPPM 2

"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya".

Objektif 1 Menonjolkan imej moden
Objektif 2 Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia)
Objektif 3 Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita)
Objektif 4 Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan
Objektif 5 Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul
Objektif 6 Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik
Objektif 7 Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia

Matlamat PPPM 3

"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan".

Objektif 1 Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa
Objektif 2 Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa
Objektif 3 Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan
Objektif 4 Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa
Objektif 5 Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa
Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan
Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan