
Latar
Belakang
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan pertubuhan sukarela yang telah
lama bergiat aktif di Malaysia. Sejak kecil lagi, semua ahli Persatuan Pandu
Puteri Malaysia dididik untuk mengenali, menghayati dan mencintai bendera
Malaysia – Bendera Jalur Gemilang, dan juga bendera negeri-negeri yang lain di
Malaysia.
“Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” bertujuan meningkatkan
kesedaran Etika Bendera di kalangan rakyat Malaysia amnya, dan ahli Pandu
Puteri khasnya. Projek ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan semangat
patriotik.
Bagi merealisasikan matlamat ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengambil
langkah supaya ahli Persatuan ini patriotik dan taat kepada negara. Semangat
patriotik yang tersemai di dalam semua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia
dapat merangsang masyarakat tempatan untuk menghargai dan mencintai bendera
dan negara kita, Malaysia.
Objektif
- Memupuk semangat cintakan
bendera dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan ahli Persatuan Pandu
Puteri Malaysia dan rakyat Malaysia.
-
Meningkatkan
kesedaran berkenaan Etika Bendera menerusi pendidikan, promosi dan projek
khidmat masyarakat.
- Mewujudkan pasukan Penjaga
Etika Bendera untuk terus mendidik dan mempromosikan Etika Bendera ke
seluruh pelusuk negara.
Konsep Projek
Persatuan Pandu Puteri Malaysia melancarkan Program Etika Bendera:
Kesedaran dan Penjagaan bagi meningkatkan kesedaran terhadap cara pengendalian
bendera yang betul.
Projek Perintis Tahap I (2006 hingga 2007)
- Latihan peringkat kebangsaan
- Latihan peringkat negeri
- Pasukan Penjaga Etika Bendera
mula bergerak
Projek Tahap II (2008 dan
seterusnya)
- Memberi kesedaran kepada
masyarakat yang lebih luas
- Pasukan Penjaga Etika Bendera
terus memainkan peranan