Demo

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN

Bantuan Sumbangan dalam bentuk barangan dan kewangan diperlukan untuk dihantar ke kawasan yang dilanda banjir di negeri-negeri Pantai Timur seperti Negeri Kelantan, Negeri Terengganu dan Negeri Pahang. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan mengadakan kunjungan ke kawasan-kawasan banjir untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam masa terdekat ini.

Sehubungan itu, Persatuan Pandu Puteri Malaysia sedang dalam usaha mengumpul bahan-bahan sumbangan di Pusat Pengumpulan Sementara di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Segala jenis bahan sumbangan sangat dialu-alukan. Adalah dengan besar harapan sekiranya bahan-bahan sumbangan dapat dikelaskan mengikut kategori seperti berikut:

1. Sumbangan berbentuk pakaian diasingkan mengikut:

Jantina

Dewasa

Kanak-kanak

2. Cadangan barangan keperluan peribadi:

Selimut

Tuala mandi, peralatan mandi dan peralatan kebersihan diri

Lampin pakai buang

Pakaian dalam

3. Makanan

Beras

Minyak

Makanan dalam tin

Mi segera

Air minuman

Sumbangan berbentuk wang tunai atau cek boleh dimasukkan ke dalam Akaun Bank CIMB Persatuan Pandu Puteri Malaysia : 8000833758 dan cek ditulis atas nama Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Bahan-bahan sumbangan boleh dihantarkan ke Pusat Pengumpulan Sementara mengikut butiran berikut:

Tarikh: 23- 28 Disember 2014

Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang

Tempat: Dewan Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia di

Pejabat: 03-22827776/ 03-22840229

Puan Rohana: 0122646820

Puan Normah: 012-2646850