maxresdefault (1).jpg

Pandu Puteri Sejak 1916

sejarah pandu puteri.jpeg
bg.png

Sejarah Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916. 

Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958. 

Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi 130,000 orang.  PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan Pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita remaja. 

Pada tahun 1957, PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia ataupun World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) dan diterima sebagai ahli Tenderfoot dalam tahun 1960. Pada tahun 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS (Full Member). 

PPPM mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara dan bangsa malalui visi PPPM "Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan." 

Setelah 100 tahun berada di Malaysia, PPPM telah menyumbang ke arah melahirkan pemimpin wanita yang hebat, cemerlang serta berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.