Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Girl Guides Association Malaysia

Gambar Aktiviti

Photo gallery read more..

Pusat Peralatan

 Pusat Peralatan read more..

Sokonglah Kami

Photo gallery read more..

i-Lead

Terkini

Together we will keep on

praying and hoping

for the return of MH370.

 

Bengkel Kawad dan istiadat Pandu Puteri PPPM

 

Bengkel kawad dan istiadat Pandu Puteri anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah diadakan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dari 10 - 12 Februari 2012.

Seramai 118 orang pemimpin Pandu Puteri dari seluruh negara telah menyertainya. Para peserta telah dibahgikan kepada tiga kumpulan mengikut bahagian Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer. Menurut Pn Tek Bt Mohd Noor, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap Pesuruhjaya Program dan Latihan Kebangsaan, komitmen dan penglibatan para peserta amat membanggakan. Antara objektif bengkel ini adalah untuk menunjukcara serta menyelaraskan arahan kawad dalam istiadat Pandu Puteri di samping menyeragamkan tatacara istiadat Pandu Puteri untuk ketiga-tiga bahagian tersebut.

Lingkungan Puteri Tunas

Pemeriksaan kebersihan tangan.

Haslinda Mohd Kassim, seorang pemimpin dari SK Kuala Dungun, Terengganu menyatakan bahawa bengkel sebegini banyak membantu pemimpin mengendalikan perjumpaan di sekolah.

"Bengkel ini juga memberi peluang untuk kami bertemu dengan kawan lama dan juga menambah kenalan baru. Kami juga dapat bertukar-tukar fikiran dalam banyak perkara," katanya.

Menurut Hazliyana Bujang yang mengajar di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, "Saya berasa lebih yakin untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti Pandu Puteri Tunas dan berharap dapat dijemput semula untuk kursus masa depan."

Pesuruhjaya Daerah Seremban Endra Devi Suppiah Panadam berpendapat bahawa bengkel-bengkel sepeti ini memang berguna untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan sesebuah pasukan. Penyeragaman arahan serta amalan-amalan tertentu adalah penting agar ia sama di setiap pelusuk negara.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Datin Seri Zalillah Mohd Taib, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Turut hadir adalah Dr. Zainab Hussin,Timbalan Pengarah Khidmat Latihan, Institut Aminuddin Baki, KPM

Anda di sini: Home