Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Girl Guides Association Malaysia

PROSEDUR PENDAFTARAN

  1. Lengkapkan borang-borang pendaftran berikut:

    1. Borang Pendaftaran 1 - Pendaftaran Baru - Semula Pasukan
    2. Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin
    3. Borang Pendaftaran 3 - Borang Senari Nama Ahli Pasukan
    4. Catatan:  Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia.  Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan berpandukan butiran pembayaran berikut.
  2. Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild

    • RM 5.00
    • Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru
    • Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:
      1. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia
      2. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
        Bank : CIMB
        Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia
        Nombor Akaun : 1426-0006320-004
    • Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk setiap pembayaran.
    • Sila rujuk Lampiran "B" untuk kategori Pasukan / Guild dan jumlah keahlian untuk setiap Pasukan / Guild.
  3. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan

    • RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer)
    • RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil)
    • Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula
    • Sebelum 31 Mac setiap tahun
    • Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk bayaran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)
    • Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut:
      1. Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia
      2. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia
      3. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB
        Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia
        Nombor Akaun : 1426-0006320-004   (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia)
    • Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran.
  4. Ahli Seumur Hidup

    • RM 250.00 sekali bayar
    • Untuk ahli berumur 35 tahun ke atas sahaja
  5. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia di alamat berikut:

  6. Wisma Pandu Puteri 
    Jalan Pantai Baharu 
    59700 Kuala Lumpur 

    Tel : 03-22827776 / 22840229 
    Faks : 03-22826579 
    E-mel : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya  
    Laman Web : http://www.panduputeri.org.my
Anda di sini: Keahlian Prosedur Pendaftaran