
Wanita dewasa yang berminat menceburi bidang Pandu Puteri dan menikmati acara sosial Pandu Puteri walaupun tidak pernah menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia boleh menganggotai Pasukan Sahabat Pandu Puteri. Dengan demikian, mereka boleh dilantik atau dijemput menjadi Ahli Jawatankuasa Kecil, Kumpulan Kerja dan Pasukan Kerja. Pasukan Sahabat Pandu Puteri membantu mendapatkan tajaan dan derma, memberi khidmat dan menyokong Persatuan Pandu Puteri Malaysia di peringkat Kebangsaan, Cawangan, Daerah atau Pasukan.
Ahli Berpakaian Seragam boleh menjadi anggota Kumpulan Sahabat Pandu Puteri.
Bilangan ahli Pasukan Sahabat Pandu Puteri ialah minimum lapan (8) orang dan maksimum 50 orang.
Pasukan Sahabat Pandu Puteri dikendalikan oleh Jawatankuasa Sahabat Pandu Puteri yang terdiri daripada:
- Pengerusi
- Setiausaha
- Bendahari
- Ahli Jawatankuasa
Penasihat Sahabat Pandu Puteri merupakan seorang Pesuruhjaya.
Sahabat Asia Pasifik, Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)
(Friends of Asia Pacific WAGGGS)
Sahabat Asia Pasifik WAGGGS ditubuhkan pada tahun 1999. Kumpulan ini berfungsi sebagai skim penjanaan dana di peringkat rantau yang membekalkan sumber kewangan kepada program latihan, acara, projek dan aktiviti untuk perkembangan remaja dan wanita muda di Rantau Asia Pasifik. Sehingga hari ini, Sahabat Asia Pasifik WAGGGS mempunyai 900 orang ahli yang kebanyakannya berasal dari rantau ini.
Perhimpunan kedua Sahabat Asia Pasifik WAGGGS telah diadakan di Kuantan, Pahang dari 16 hingga 19 Ogos 2005. Perhimpunan ini amat bersejarah kerana perhimpunan ini menyaksikan Upacara Pelantikan Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik WAGGGS yang pertama, iaitu KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. Perhimpunan ini juga menandakan Mesyuarat Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS.
Adalah menjadi kebiasaan untuk mengadakan satu Perhimpunan Sahabat Asia Pasifik WAGGGS setiap kali berlangsungnya Persidangan Rantau Asia Pasifik.
| Kategori | Sumbangan | Tanda Keahlian | |
| USD | GBP | ||
| Perak (Silver) | 100 – 349 | 55 – 150 | - Sijil Keahlian - Jemputan ke Persidangan Rantau |
| Emas (Gold) | 350 – 549 | 200 – 299 | - Sijil Keahlian - Pin Emas - Jemputan ke Persidangan Rantau |
| Berlian (Diamond) | 550 – 1999 | 300 – 999 | - Sijil Keahlian - Pin Emas dan Kristal - Jemputan ke Persidangan Rantau |
| Penaja Utama (Major Donor) | 2000 ke atas | 1000 ke atas | - Sijil Keahlian - Pin Emas dan Kristal - Plak eksklusif - Jemputan ke Persidangan Rantau |
| Penaja Korporat (Corporate Donor) - terbuka kepada mana-mana syarikat, yayasan atau organisasi |
1000 ke atas | 500 ke atas | - Sijil Keahlian - Pin (Untuk Presiden / Pengerusi) - Plak (untuk Organisasi) - Jemputan ke Persidangan Rantau |
Sumbangan anda akan membolehkan Rantau Asia Pasifik:
- Membolehkan remaja wanita dan wanita muda untuk menjadi pemimpin yang berkebolehan dan berkeyakinan
- Membuka peluang kepada wanita muda untuk menghadiri latihan kemahiran hidup
- Memberi peluang kepada wanita muda untuk menyertai acara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di peringkat antarabangsa
- Memperkembangkan sepenuhnya potensi wanita muda di Rantau Asia Pasifik
- Membantu negara yang sedang berusaha untuk mendapatkan keahlian Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)
- Menyokong projek khidmat masyarakat serta program dan isu seperti kesihatan remaja, celik huruf dan pemeliharaan alam sekitar
Download borang keahlian Sahabat Asia Pasifik WAGGGS [FAPW-1.pdf] dan [FAPW-2.pdf]
