8 Julai 2008
"Bersama kita dapat mengubah dunia" (Girls worldwide say "together we can change our world") ialah Tema Tindakan Global (Global Action Theme - GAT) Persatuan Pandu Puteri and Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) yang dilancarkan di Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Johannesburg, Afrika Selatan.
Tema kerja baru ini adalah berasaskan Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan meningkatkan taraf hidup penduduk termiskin di dunia.
Tema Hari Peringatan Sedunia 2009 ialah " kita boleh mencegah AIDS, malaria dan penyakit lain daripada berleluasa".
Bidang kerja WAGGGS yang lain seperti Program Perkembangan Kepimpinan WAGGGS (WAGGGS Leadership Development Programme - WLDP), sambutan 100 tahun Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di dunia, dan bahan Advokasi juga akan dikaitkan dengan Tema Tindakan Global yang baru ini.
Garis panduan serta Lencana dan Pek Aktiviti Tindakan Global bakal dikeluarkan untuk kegunaan semua ahli WAGGGS.
Sumber: http://www.wagggsworldconference.org/en/news/913
Rumusan
Tema Tindakan Global (GAT) akan menggantikan tema "Hak Kita, Tanggung Jawab Kita" sebagai tema Persatuan Pandu Puteri and Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) pada tahun 2009 dan seterusnya.
Tindakan boleh diambil di pelbagai peringkat. Tema ini akan menggalakkan remaja wanita dan wanita muda untuk melibatkan diri dan memberi komitment untuk membawa perubahan kepada dunia. "Dunia Kita" bermula di peringkat individu, dan seterusnya dikembangkan kepada masyarakat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.
Mengapa Matlamat Pembangunan Milenium dipilih?
Ini merupakan masa yang tepat untuk WAGGGS terlibat dengan lebih mendalam dalam Matlamat Pembangunan Milenium (MDG):
- Kami adalah satu pergerakan sedunia yang menyahut cabaran global ini
- Matlamat Pembangunan Milenium berkait rapat dengan visi dan nilai teras kami
- Melibatkan diri sebagai warga dunia yang bertanggung jawab adalah usaha untuk mencapai Misi kami
- Menggabungkan kerja Organisasi Ahli WAGGGS dan memperjuangkan kerja baru
- Kami akan membawa semangat baru serta tenaga muda yang berperanan sebagai agen perubahan
- Kami mempunyai hubungan yang rapat dan kukuh dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Maklumat Pelaksanaan Tema Tindakan Global (GAT)
Garis panduan pelaksanaan untuk Tema Tindakan Global bakal dikeluarkan. Ini akan menggalakkan Organisasi Ahli untuk:
- Meningkatkan kesedaran tentang Matlamat Pembangunan Milenium dan kaitannya dengan dunia hari ini
- Menggunakan bahan program ini untuk menyahut cababaran Matlamat Pembangunan Milenium, mendidik ahli-ahli dan mengambil tindakan
- Mengambil bahagian dalam acara global GAT yang dianjurkan oleh WAGGGS
Lencana Tindakan Global dan Pek Bahan
Lencana Tindakan Global bakal dijual. Satu pek bahan untuk lencana ini turut akan dihasilkan. Pek bahan Tema Tindakan Global ini mempunyai lapan bab, satu untuk setiap Matlamat Pembangunan Milenium. Setiap bab mengandungi penjelasan tentang setiap Matlamat Pembangunan Milenium, fakta dan statistik serta aktiviti untuk kumpulan umur yang berbeza (Pandu Puteri Tunas ke atas). Kesemua ini akan sedia digunakan pada tahun 2009.
Hari Peringatan Sedunia
Setiap Hari Peringatan Sedunia akan menggunakan satu Matlamat Pembangunan Milenium sebagai tajuk:
| 2009 | MDG 6: AIDS dan penyakit lain girls worldwide say “we can stop the spread of AIDS, malaria and other diseases” “kita boleh mencegah AIDS, malaria dan penyakit lain daripada berleluasa” |
| 2010 | MDG 1: kemiskinan dan kelaparan girls worldwide say "together we can end extreme poverty and hunger" "bersama kita boleh membasmi kemiskinan dan kelaparan" |
| 2011 | MDG 7: alam sekitar girls worldwide say "we can save our planet" "kita dapat menyelamatkan planet kita" |
Acara Lain
Keempat-empat Pusat Dunia WAGGGS akan mengadakan program, aktiviti dan seminar yang berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Milenium. Persidangan Dunia Ke-34 akan memberi tumpuan kepada sumbangan WAGGGS terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Milenium.
Hubungan Tema Tindakan Global dengan bidang kerja WAGGGS yang lain
- Kerja advokasi WAGGGS akan memfokuskan Matlamat Pembangunan Milenium
- Strategi advokasi WAGGGS akan meluaskan fokusnya kepada semua Matlamat Pembangunan Milenium dengan menggunakan bahan dan perkongsian yang sedia ada
- Mesej utama dan kenyataan tambahan akan dihasilkan, dan perkongsian strategik dan penerbitan yang akan datang akan memberi fokus kepada Matlamat Pembangunan Milenium
MATLAMAT PEMBANGUNAN MILENIUM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU & MESEJ PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI SEDUNIA (WAGGGS)
| Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) | Mesej WAGGGS | |
| MDG 1 | Membasmi Kemiskinan dan Kelaparan | girls worldwide say “together we can end extreme poverty and hunger” “bersama kita boleh membasmi kemiskinan dan kelaparan” |
| MDG 2 | Mencapai Pendidikan Rendah yang Universal |
girls worldwide say “education opens doors for all girls and boys” |
| MDG 3 | Meningkatkan Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita | girls worldwide say “empowering girls will change our world” “memperkasakan remaja wanita akan mengubah dunia” |
| MDG 4 | Mengurangkan Mortaliti Kanak-kanak | girls worldwide say “together we can save children’s lives” “bersama kita boleh menyelamatkan nyawa kanak-kanak” |
| MDG 5 | Memperbaiki Kesihatan Ibu Bersalin |
girls worldwide say “every mother’s life and health is precious” |
| MDG 6 | Mencegah HIV/AIDS, Malaria dan Penyakit Lain |
girls worldwide say “we can stop the spread of AIDS, malaria and other diseases” |
| MDG 7 | Memastikan Alam Sekitar yang Mapan |
girls worldwide say “we can save our planet” |
| MDG 8 | Mewujudkan Perkongsian Global untuk Pembangunan |
girls worldwide say “we can create peace through partnerships” |
MESEJ UTAMA WAGGGS
Proses peralihan fokus kesihatan remaja kepada Matlamat Pembangunan Milenium
| Asas: mesej utama kesihatan remaja (7) | Peralihan kepada Mesej Utama MDG (8) | Bahan WAGGGS yang berkaitan |
![]() “Pilih makanan yang sihat” |
girls worldwide say “together we can end extreme poverty and hunger” “bersama kita boleh membasmi kemiskinan dan kelaparan” |
|
| girls worldwide say “education opens doors for all girls and boys” “pendidikan membuka peluang kepada semua kanak-kanak” |
|
|
![]() Kenali potensi anda” |
girls worldwide say “empowering girls will change our world” “memperkasakan remaja wanita akan mengubah dunia” |
|
![]() “Mari berbincang tentang bahaya dadah” ![]() “Larangan merokok di tempat awam” |
girls worldwide say “together we can save children’s lives” “bersama kita boleh menyelamatkan nyawa kanak-kanak” |
|
![]() “Cegah kehamilan remaja” |
girls worldwide say “every mother’s life and health is precious” “kehidupan dan kesihatan setiap ibu adalah amat berharga” |
|
![]() “Penting untuk berbincang tentang seks” ![]() “Perangi AIDS” |
girls worldwide say “we can stop the spread of AIDS, malaria and other diseases” “kita boleh mencegah AIDS, malaria dan penyakit lain daripada berleluasa” |
|
| girls worldwide say “we can save our planet” “kita dapat menyelamatkan planet kita” |
|
|
| girls worldwide say “we can create peace through partnerships” “kita dapat mewujudkan keamanan melalui perkongsian” |
|
PS = Position Statement
Biru = bakal dihasilkan







