Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Girl Guides Association Malaysia

Project Signature Antarabangsa

Fasa I: 2004 – 2006

Program Signature Antarabangsa (ISP) diperkenalkan pada tahun 2004. Program ini merupakan kerjasama pertama antara Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) dan The UPS Foundation. Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan antara tiga buah organisasi ahli yang terpilih untuk melaksanakan Fasa Pertama program ini.


Dua buah organisasi ahli lain yang terlibat dengan projek ini ialah Guias de Mexico dan Hong Kong Girl Guides Association.

Melalui program ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia menerima geran daripada The UPS Foundation melalui WAGGGS selama tiga tahun untuk mencapai matlamat seperti berikut:

Objektif Program

  • Memperkembang dan meningkatkan sukarelawan dalam usaha mencapai lebih banyak remaja dan wanita muda
  • Meningkatkan dan mengekalkan lebih banyak sukarelawan dari setiap lapisan masyarakat
  • Memperkenalkan konsep kesukarelaan dan khidmat masyarakat di kalangan wanita
  • Mengekalkan profil PPPM sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang utama untuk remaja dan wanita muda di Malaysia

Jangkaan Hasil

  • Menambah 3000 orang sukarelawan dewasa
  • Meningkatkan kompetensi di kalangan sukarelawan
  • Meningkatkan komitmen terhadap kesukarelaan di kalangan ahli masyarakat
  • Meningkatkan keahlian remaja dan wanita muda sebanyak 20%
  • Mengukuhkan profil PPPM sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang utama umtuk remaja dan wanita muda di Malaysia

Melalui projek ini, Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mencapai kemajuan dari segi:

  • Peningkatan ahli remaja dan dewasa sebanyak 34% iaitu dari 60,509 orang kepada 81,110 sehingga September 2007.
  • Pengambilan sebanyak 4,492 orang Sukarelawan Pandu Puteri, satu bahagian baru dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia mulai Jun 2004.
  • Penajaan pelbagai kursus untuk ahli remaja, ahli dewasa, sukarelawan dan staf bagi peningkatan kompetensi dan profesionalisme.
  • Penghasilan bahan untuk peningkatan kompetensi. Antaranya Kit Jurulatih untuk Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS dan Kit Kompetensi Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
  • Pemantapan konsep khidmat masyarakat dan kesukarelaan. Melalui projek ini, “Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan”, satu projek khidmat masyarakat yang baru telah dilancarkan.
  • Peningkatan imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui aktiviti publisiti, jalinan mesra dengan pihak media, percetakan bahan publisiti dan rangkaian hubungan dengan rakan kongsi baru.
  • Pemantapan proses dokumentasi, pelaporan dan penilaian dengan adanya laporan kemajuan setiap suku tahunan serta penilaian selepas setiap acara atau kursus.
  • Peningkatan komunikasi dengan ahli dan sukarelawan melalui pengumuman di laman web, penggunaan e-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS).
  • Pengenalan kepada Sistem Pangkalan Maklumat Ahli untuk memantapkan rekod ahli dan pengurusan ahli yang lebih berkesan.

Fasa II: 2007 – 2010

Berikutan kejayaan yang dicapai dalam Fasa I, The UPS Foundation dan WAGGGS membuat tawaran kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk meneruskan Fasa II projek ini dari 2007 hingga 2010. 

Projek Fasa II ini melibatkan lima organisasi ahli iaitu Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Guias de Mexico, Hong Kong Girl Guides Association, Federação de Bandeirantes do Brasil dan Girl Guides Association of South Africa.

Matlamat Global Projek:

  • Meningkatkan kesedaran dan pengilbatan dalam kesukarelaan
  • Meningkatkan keupayaan untuk pengambilan, penglibatan, latihan dan pengurusan sukarelawan bagi memantap dan meluaskan perkhidmatan
  • Menghasilkan satu model yang berjaya untuk dijadikan contoh kepada negara lain

Matlamat Malaysia:

  • Sistem pengurusan yang lebih berkesan selari dengan peningkatan keahlian
  • Peningkatan keahlian berterusan
  • Keahlian di Institut Pengajian Tinggi
  • Penglibatan Sukarelawan secara berterusan melalui sistem pengurusan dan komunikasi yang berkesan
  • Kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dapat menyokong sistem, struktur dan peningkatan bilangan ahli
  • Peningkatan profil Persatuan secara berterusan

Tiga perkara yang diutamakan dalam projek Fasa II ini ialah:

  • Pembinaan Keupayaan Sukarelawan (Volunteer Capacity Building)
  • Celik Huruf (Literacy)
  • Latihan Penjanaan Pendapatan (Income Generating Training)

Download UPS-WAGGGS brochure

Anda di sini: Antarabangsa Program Signature Antarabangsa