(Asia Pacific Region Appreciation Award)
Tujuan:
Untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang kepada perkembangan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di negaranya dan bukan merupakan penjawat di Pertubuhan Kebangsaan.
Objektif:
Untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang:
- Bukan merupakan menjawat di Pertubuhan Kebangsaan
- Menonjol sebagai teladan (role model)
- Menggunakan sumber, bakat dan pengaruhnya untuk menggalakkan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya
- Menggunakan kedudukannya untuk mempertingkatkan imej Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya
- Belum pernah menerima anugerah lain dalam Rantau dan WAGGGS
Keterangan:
- Anugerah ini diberi setiap tiga tahun sekali
- Sijil dan Pin akan diberi kepada ketua delegasi Negara Ahli penerima di Persidangan Rantau
- Pin ini boleh dipakai dengan atau bukan dengan pakaian seragam, bergantung kepada arahan Pertubuhan Kebangsaan
Kriteria:
Calon hendaklah:
- Seorang individu yang boleh diteladani
- Memberi sumbangan yang cemerlang sebagai ahli / sukarelawan atau staf Pertubuhan Kebangsaan selama sekurang-kurangnya 10 tahun
- Menyumbangkan masa dan kepakarannya untuk perkembangan Pandu Puteri / Pengakap Puteri
- Menunjukkan kebolehannya dalam mempromosi dan memperkembangkan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya
- Menonjolkan kepimpinan
Permohonan
- Permohonan anugerah ini dibuka kepada semua Negara Ahli di awal tahun pada tahun sebelum tahun Persidangan Rantau diadakan
- Tarikh tutup permohonan sampai di World Bureau ialah pada 30 November pada tahun sebelum tahun Persidangan Rantau diadakan.
- Setiap Negara Ahli boleh mencalonkan tidak lebih lima (5) orang ahli setiap tiga tahun
- Negara Ahli perlu menghantar nama dan penerangan ringkas tentang sumbangan calon. Ini perlu diluluskan oleh Badan Eksekutif Pertubuhan Kebangsaan dan disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya atau Presiden Kebangsaan.
Muat Turun:
GuidelinesRegionAppreciationAwardCC.pdf
