Mana-mana ahli Pandu Puteri atau Pengakap Puteri adalah ahli WAGGGS secara automatik. WAGGGS ialah organisasi yang memayungi 145 Organisasi Ahli di lima rantau. Negara yang perlembagaannya diluluskan oleh Lembaga Dunia dan memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diterima sebagai Organisasi Ahli WAGGGS.

Keahlian dalam WAGGGS bermakna:
- Anda adalah sebahagian daripada keluarga sedunia yang terdiri daripada 145 negara dan 10 juta ahli - bersama kita dapat menggembleng tenaga untuk membina dunia yang lebih baik
- Anda adalah sebahagian daripada organisasi sukalera antarabangsa untuk remaja wanita dan wanita muda yang terbesar di dunia
- Anda adalah suara utama remaja wanita dan wanita muda di seluruh dunia
- Sokongan antara Organisasi Ahli
- Pertukaran maklumat dan amalan terbaik antara Organisasi Ahli
- Peluang istimewa untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di peringkat antarabangsa












