Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Girl Guides Association Malaysia

Anugerah Lain

Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik

(Asia Pacific Leadership Awards)

Tujuan:

Menghargai pencapaian ahli dewasa di Negara Ahli di seluruh Rantau Asia Pasifik

Objektif:

Memberi insentif dan motivasi kepada ahli dewasa yang:

  • merupakan teladan (role model) yang berkesan dalam bidang perkhidmatannya
  • memberi sumbangan yang cemerlang dalam bidang perkhidmatannya
  • mengalami tahap perkembangan kendiri yang tinggi yang membolehkan mereka memberi sumbangan yang berkualiti terhadap Pandu Puteri / Pengakap Puteri

Jenis Anugerah:

  1. Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Pasukan (Asia Pacific Leadership Award as Troop / Unit Leaders)
  2. Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Daerah / Cawangan (Asia Pacific Leadership Award as District / State Leaders)
  3. Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Sumbangan terhadap Pandu Puteri / Pengakap Puteri (Asia Pacific Leadership Award for Service to Girl Guiding / Girl Scouting)

Keterangan:

  1. Anugerah ini diberi setiap tahun selepas mesyuarat Jawatan Kuasa Rantau Asia Pasifik
  2. Penerima anugerah akan mendapat sijil dan pin. Pin ini boleh dipakai dengan pakaian seragam atau tanpa pakaian seragam, bergantung kepada arahan Persatuan Kebangsaan

Kriteria untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Pasukan (Asia Pacific Leadership Award as Troop / Unit Leaders)

Pemohon mestilah:

  1. Ahli Aktif Persatuan Kebangsaan
  2. Pemegang waran, sijil atau yang setarafnya untuk menunjukkan bahawa pemohon berkelayakan untuk memimpin remaja wanita dan wanita muda dalam pasukan
  3. Menerima pengiktirafan daripada peringkat kebangsaan sebagai pemimpin pasukan yang cemerlang, sama ada dalam bentuk anugerah, sijil atau kredit yang setaraf
  4. Memberi sumbangan yang signifikan sebagai sukarelawan dalam pasukannya dalam lima (5) tahun yang lepas
  5. Terus memperkembangkan dirinya dan peranannya sebagai pemimpin dewasa kepada remaja wanita / wanita muda
  6. Telah mempengaruhi dan membantu seorang dewasa yang lain untuk menjadi Pemimpin pasukan Pandu Puteri
  7. Bekerjasama dengan badan / organisasi tempatan, kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) untuk melibatkan pasukannya dalam projek pembangunan masyarakat yang sesuai dengan pasukannya.
  8. Mempromosi secara berkesan projek dan program WAGGGS kepada ahli pasukannya
  9. Mempunyai hubungan yang positif dan membina dengan ahli pasukannya

Kriteria untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Daerah / Cawangan (Asia Pacific Leadership Award as District / State Leaders)

  1. Ahli Aktif Persatuan Kebangsaan
  2. Pemegang waran, sijil atau yang setarafnya untuk menunjukkan bahawa pemohon berkelayakan untuk memimpin ahli dewasa di peringkat daerah / cawangan
  3. Menerima pengiktirafan daripada peringkat kebangsaan sebagai pemimpin daerah / cawangan yang cemerlang, sama ada dalam bentuk anugerah, sijil atau kredit yang setaraf
  4. Terus memperkembangkan dirinya dan peranannya sebagai pemimpin dewasa kepada ahli dewasa peringkat daerah / cawangan
  5. Memberi sumbangan yang signifikan sebagai sukarelawan di peringkat daerah / cawangan dalam lima (5) tahun yang lepas
  6. Telah mempengaruhi dan membantu seorang dewasa yang lain untuk menjadi Pemimpin peringkat daerah / cawangan
  7. Bekerjasama dengan badan / organisasi tempatan, kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan projek pembangunan masyarakat yang sesuai dengan daerah / cawangan
  8. Mempromosi secara berkesan projek dan program WAGGGS kepada ahli daerah / cawangan
  9. Mempunyai hubungan yang positif dan membina dengan ahli dewasa, muda dan remaja di peringkat daerah / cawangan
  10. Menggalakkan perwakilan yang seimbang dari segi umur untuk jawatan yang melibatkan proses membuat keputusan di daerah / cawangan

Kriteria untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Sumbangan terhadap Pandu Puteri / Pengakap Puteri (Asia Pacific Leadership Award for Service to Girl Guiding / Girl Scouting)

  1. Staf sepenuh masa Negara Ahli selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun atau telah memberi khidmat sukarela selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun
  2. Sentiasa menjalankan tugas dengan cemerlang dan mencapai tahap yang melebihi jangkaan biasa
  3. Memberi sumbangan yang signifikan dalam usaha mempromosi WAGGGS dan Rantau Asia Pasifik di dalam dan luar persatuan
  4. Teladan (role model) kepada staf / sukarelawan yang lain
  5. Untuk staf sahaja:
    • Melibatkan sukarelawan dan staf di luar tugasan, di dalam dan luar persatuan
    • Terus memperkembangkan dirinya dalam peranannya sebagai staf profesional

Cara Permohonan

  1. Cawangan menghantar nama pemohon yang layak beserta jawatannya kepada Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta mengisi borang yang disediakan untuk anugerah yang dipohon
  2. Setiap pemohon hanya boleh dianugerahkan untuk satu jenis anugerah sekali sahaja
  3. Setiap Negara Ahli boleh mencalonkan
    • Tidak lebih 50 orang calon untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Pasukan (Asia Pacific Leadership Award as Troop / Unit Leaders)
    • Tidak lebih 15 calon untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Pemimpin Daerah / Cawangan (Asia Pacific Leadership Award as District / State Leaders)
    • Tidak lebih lima (5) calon untuk Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik untuk Sumbangan terhadap Pandu Puteri / Pengakap Puteri (Asia Pacific Leadership Award for Service to Girl Guiding / Girl Scouting)

 

Majlis Pengurniana Anugerah Pandu Puteri Diraja

Kepada

KDYTM TENGKU PUAN PAHANG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI AL-MUTAWAKKIL 'ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ, D.K.; D.K. (JOHOR); S.P.M.J.

25 Nov 2007

Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, telah diputerikan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960. Puteri ketiga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah mendirikan rumah tangga dengan Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah pada 6 Mac 1996. Baginda berdua telah dikurniakan empat putera dan dua puteri.

Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia telah diputerikan dalam keluarga yang menekankan kecemerlangan pencapaian dalam pelbagai aspek kehidupan, merangkumi kemahiran domestik dan kesukanan, mencintai alam semula jadi, serta alam sekitar. Baginda amat prihatin terhadap pengekalan tradisi dan warisan serta sentiasa ingin berdamping bersama-sama rakyat berbilang lapisan. Maka tidak hairanlah Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia menjadi sumber ilham dan inspirasi serta "role model" rakyat ditambah pula dengan sokongan dan galakan daripada suami tercinta.

Anggapan bahawa Baginda yang diputerikan dalam sebuah keluarga aristokrat akan sentiasa berada dalam keadaan serba selesa adalah tidak tepat kerana KDYTM telah menggunakan segala pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan status baginda untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan projek yang amat bermakna.

Penglibatan KDYTM Tengku Puan Pahang dalam Pandu Puteri bermula apabila baginda menjadi ahli "Brownies" di sekolah rendah. Pada tahun 1983, Baginda bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia ketika itu, Puan Nik Faizah Mustapha di suatu majlis di Johor. Baginda menyuarakan hasrat untuk memakai pakaian seragam Pandu Puteri. Namun, Puan Nik Faizah sebagai seorang yang dikenali dengan ketegasannya memberitahu baginda bahawa "Tuanku boleh memakai pakaian seragam tetapi tidak boleh memakai lencana-lencana. Sekiranya Tuanku ingin memakai lencana-lencananya, Tuanku perlu bekerja keras untuk memperolehnya."

Dari saat itu, bermulalah penglibatan baginda yang aktif dalam Pandu Puteri. Pada bulan Ogos 1984, KDYTM mencemar duli mengikuti kursus di Pusat Latihan Bina Semangat di Mersing, Johor. Semasa perkhemahan KDYTM mengambil bahagian dalam semua aktiviti termasuk menyusur bawah wayar berduri dan menjalankan tugasan kumpulan yang telah ditetapkan. Semasa kursus tersebut, KDYTM telah mengambil ujian Pra Persetiaan dan lulus.

 


Dalam tahun 1983, KDYTM dilantik sebagai Yang Di Pertua Pandu Puteri Daerah Johor Bahru. Selepas penghijrahannya ke negeri Pahang, KDYTM telah memegang jawatan Naib Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Pahang. Penglibatan KDYTM di peringkat kebangsaan bermula pada tahun 1991 apabila KDYTM dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Tugas-tugas Khas Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan seterusnya sebagai Naib Yang Di Pertua sejak 1999 sehingga 2006 dan Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia dari tahun 2006 hingga kini.

Komitmen KDYTM terhadap Pandu Puteri semakin mendalam sehingga dianggap sebagai "Penyelamat Nyawa" Persatuan Pandu Puteri seperti yang tersiar dalam akhbar Daily Express(Sabah) bertarikh 3 Disember 1999. 

"Whenever the association's kitty is in the red, she will come to its rescue. She is the chief fund-raiser when any Girl Guide building fund needs help".
- Daily Express, 3 December 1999

Sebagai Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, KDYTM sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti Pandu Puteri, termasuklah menyertai sepenuhnya Persidangan Dunia WAGGGS Ke-32 di Jordan pada Jun 2005, Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Kebangsaan di Perlis pada Mac 2006, dan Persidangan Pesuruhjaya Tahunan pada tahun 2006 dan 2007. 

Selain penglibatan KDYTM dalam kegiatan Pandu Puteri di Malaysia, Baginda juga salah seorang penyumbang dalam Olave Baden-Powell Society yang berpangkalan di Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia (WAGGGS). 

Didikan teratur yang diterimanya sejak kecil menjadikan Baginda kini seorang teman hidup dan ibu dengan menekankan nilai-nilai sosial dan moral. Minatnya terhadap ilmu masakan telah membuahkan hasil dengan terbitnya beberapa buah buku masakan yang disusun rapi dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, hasil daripada kajian dan ujian teliti yang telah Baginda jalankan di semua pelusuk negeri Pahang. 

Minat Baginda terhadap seni jahitan dan kraf pula dapat dilihat dengan penubuhan sebuah kedai kraf dan penubuhan "Stitches Club" dengan KDYTM sendiri menunjukkan cara menjahit suji bilang (cross stitch) di rumah-rumah ahli. Pengalaman pahit KDYTM dalam keinginan Baginda menimang cahaya mata pada peringkat sembilan tahun awal perkahwinan Baginda menimbulkan perasaan empati terhadap pasangan yang melalui pengalaman yang sama sehingga tertubuhnya TAFF, iaitu Tunku Azizah Fertility Foundation, penambahan kepadaIstana Abdul Aziz Foundation yang ada sebelum ini. 

Penampilan KDYTM merupakan suatu aura yang unggul, Baginda sentiasa memaparkan imej sebagai ahli Kerabat Di Raja yang amat dicintai dan disanjungi rakyat, tanpa mengira ras, bangsa, agama, umur dan status sosial mereka. 

Pada tahun 2005, KDYTM dilantik sebagai Penaung Di Raja Sahabat Asia Pasifik WAGGGS yang telah disempurnakan di Kuantan, Pahang. 


Anugerah PP Diraja

Atas segala kurniaan KDYTM yang dicurahkan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, maka dengan bangganya Persatuan Pandu Puteri Malaysia menganugerahkan Anugerah Pandu Puteri Di Raja kepada Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 25 November 2007 di Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

 

Pingat

Pingat Persatuan Pandu Puteri Malaysia

 

Kehormatan Bagi Mereka Yang Berpakaian Seragam
LAYANG-LAYANG
Layang-layang adalah penghormatan yang tertinggi kepada sesiapa yang membuat jasa terbaik kepada Persatuan Pandu Puteri seluruhnya, dan cuma dapat diberi oleh Jawatankuasa Kerja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di ketika yang istimewa
AGOK BAKTI: - LEBAH
Lebah diberi kepada sesiapa yang membuat jasa istimewa kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia
PINGAT JASA
Pingat Jasa diberi kepada sesiapa yang membuat bakti luar biasa kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia
TANGKAI PADI
Pingat Tangkai Padi diberi kepada orang yang membuat jasa terpuji kepada Persatuan
Kehormatan Bagi Ahli Periman
PINGAT BINTANG KEHORMATAN
Pingat Bintang Kehormatan adalah Penghormatan tertinggi dan diberi kepada ahli periman yang membuat jasa terbaik kepada Persatuan Pandu Puteri seluruhnya.
PINGAT TERIMA KASIH
Pingat Terima Kasih diberi kepada ahli periman yang memberi perkhidmatan terpuji kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ini adalah satu hak istimewa Persatuan, dengan persetujuan Pemimpin dan Pesuruhjayanya untuk memberi Pingat Terima Kasih kepada seorang sahabat Persatuan yang bukan ahli tetapi telah banyak memberi jasa kepada Pandu Puteri, atau kepada ahli persatuan yang tidak berpakaian seragam. Ahli yang menerima Pingat ini mempunyai hak menggunakan perkhidmatan Persatuan sepanjang masa.
Untuk Pemimpin - PINGAT JASA LAMA
Pingat Jasa Lama ini boleh diberi kepada mana-mana Pemimpin yang telah memberi perkhidmatan selama 10 tahun kepada Persatuan Pandu Puteri, dan perkhidmatan itu tidak semestinya berjalan terus menerus. Pingat ini boleh diberi oleh Pesuruhjaya sendiri.
Pingat Jasa Lama ini boleh diberi kepada mana-mana Pemimpin yang telah memberi perkhidmatan selama 15 tahun kepada Persatuan Pandu Puteri, dan perkhidmatan itu tidak semestinya berjalan terus menerus. Pingat ini boleh diberi oleh Pesuruhjaya sendiri.
Pingat Jasa Lama ini boleh diberi kepada mana-mana Pemimpin yang telah memberi perkhidmatan selama 20 tahun kepada Persatuan Pandu Puteri, dan perkhidmatan itu tidak semestinya berjalan terus menerus. Pingat ini boleh diberi oleh Pesuruhjaya sendiri.

Anugerah Penghargaan Rantau Asia Pasifik

(Asia Pacific Region Appreciation Award)

Tujuan:

Untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang kepada perkembangan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di negaranya dan bukan merupakan penjawat di Pertubuhan Kebangsaan.

Objektif:

Untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang:

  1. Bukan merupakan menjawat di Pertubuhan Kebangsaan
  2. Menonjol sebagai teladan (role model)
  3. Menggunakan sumber, bakat dan pengaruhnya untuk menggalakkan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya
  4. Menggunakan kedudukannya untuk mempertingkatkan imej Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya
  5. Belum pernah menerima anugerah lain dalam Rantau dan WAGGGS

Keterangan:

  1. Anugerah ini diberi setiap tiga tahun sekali
  2. Sijil dan Pin akan diberi kepada ketua delegasi Negara Ahli penerima di Persidangan Rantau
  3. Pin ini boleh dipakai dengan atau bukan dengan pakaian seragam, bergantung kepada arahan Pertubuhan Kebangsaan

Kriteria:

Calon hendaklah:

  1. Seorang individu yang boleh diteladani
  2. Memberi sumbangan yang cemerlang sebagai ahli / sukarelawan atau staf Pertubuhan Kebangsaan selama sekurang-kurangnya 10 tahun
  3. Menyumbangkan masa dan kepakarannya untuk perkembangan Pandu Puteri / Pengakap Puteri
  4. Menunjukkan kebolehannya dalam mempromosi dan memperkembangkan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di negaranya
  5. Menonjolkan kepimpinan

Permohonan

  1. Permohonan anugerah ini dibuka kepada semua Negara Ahli di awal tahun pada tahun sebelum tahun Persidangan Rantau diadakan
  2. Tarikh tutup permohonan sampai di World Bureau ialah pada 30 November pada tahun sebelum tahun Persidangan Rantau diadakan.
  3. Setiap Negara Ahli boleh mencalonkan tidak lebih lima (5) orang ahli setiap tiga tahun
  4. Negara Ahli perlu menghantar nama dan penerangan ringkas tentang sumbangan calon. Ini perlu diluluskan oleh Badan Eksekutif Pertubuhan Kebangsaan dan disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya atau Presiden Kebangsaan.

Muat Turun: GuidelinesRegionAppreciationAwardCC.pdf

 

Anda di sini: Home