Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Girl Guides Association Malaysia

Bahagian

PANDU PUTERI TUNAS

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.

T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan


P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas

Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri.

Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Persetiaan Pandu Puteri Tunas
Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,

Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.”

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas

Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.

Melur Melur taat dan setia
Berusaha setiap masa
Siantan Siantan datang berkawan
Berani macam pahlawan
Teratai Teratai nama kami
Bekerja setiap hari
Kesidang Kami Kesidang datang
Menolong pagi petang
Cempaka Cempaka bersuka ria
Menolong orang duka
Kenanga Kami bernama Kenanga
Berjasa bertenaga

 

Pakaian Pandu Puteri Tunas

  1. Kemeja hijau berlengan panjang
  2. Seluar panjang biru tua
  3. Skaf (berwarna coklat)
  4. Lambang kumpulan
  5. Lambang Negeri
  6. Woggle
  7. Lencana dunia
  8. `Shoulder Flashes'
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam
  11. Tudung hitam

PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS

BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS

DPU Pandu Puteri Tunas

Untuk senarai kelengkapan pakaian, KLIK SINI

Pandu Puteri Kelip-kelip

Dibawah adalah panduan aktiviti untuk guru-guru.


Objektif

Program Kelip-kelip menawarkan pelbagai aktivtiti Pandu Puteri yang membolehkan warga pra sekolah:

  • Memupuk kemahiran melahirkan perasaan;
  • Menguasai kemahiran menyanyi, bercerita, melengkap dan mewarnakan gambar
  • Mengukuhkan kemahiran sosial.



Matlamat

Program Pra Tunas mempunyai matlamat mencungkil serta mengambangkan potensi setiap warga Pra Sekolah untuk memperkayakan lagi suasana pembelajarannya.

Ikrar

Saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia dan menolong orang setiap masa.


Cerita Tommy dan Betty

Rumah Tommy dan Betty bersepah-sepah. Pinggan mangkuk tidak dicuci.  Baju tidak digosok.

Permainan bertaburan di atas lantai. Tommy dan Betty tidak ambil peduli. Mereka benci mengemas rumah. Ibu mereka merungut lalu berkata “ Kalaulah ada Brownie, tentu rumah saya kemas”.

Tommy bertanya, siapakah Brownie itu.

Ibunya menerangkan. Brownie itu ialah seekor pari-pari kecil yang masuk ke dalam rumah secara senyap sebelum waktu Subuh.

Ia mengemas rumah, menggosok baju, membasuh pinggan dan membuat segala kerja rumah secara rahsia.

“ Hebat!! Bagaimana kita ingin mendapatkannya?” kata Betty kehairanan.

Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi ke hutan bertemu dengan burung Hantu yang bijaksana.

Pada waktu malam, Tommy dan Betty keluar ke hutan. Mereka ingin bertemu dengan burung hantu yang bijaksana.

Mereka terdengar bunyi burung hantu. Mereka ternampak burung hantu itu  di atas dahan.

Mereka memanjat pokok dan duduk di atas dahan. Burung hantu itu memeluk mereka dengan sayapnya yang lebar.

Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk bertemu dengan Brownie.

Burung hantu berpesan. Untuk bertemu Brownie, mereka perlulah mencari sebuah kolam. Apabila berjumpa, mereka perlulah mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali. Mereka perlu berkata “ Pusingkan saya dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya lihat dalam air rupa….”

 

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri.

Tommy dan Betty berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana tidak bertemu dengan Brownie yang dicari. Mereka kembali berjumpa dengan burung hantu di atas pokok.

Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa mereka tidak berjumpa dengan Brownie. Mereka hanya nampak wajah mereka sendiri di dalam air.

Burung hantu yang bijaksana itu menerangkan bahawa, Tommy dan Bettylah Brownie yang mereka cari. Merekalah pari-pari yang perlu membantu ibu mereka di rumah.

Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir. Merekalah yang sepatutnya menolong ibu mereka setiap masa.

Keesokan harinya, Betty dan Tommy bangun awal pagi. Mereka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap lantai dan membantu ibu mereka menyediakan sarapan.

Setiap hari mereka berbuat begitu. Akhirnya mereka menjadi rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.



Kewajipan Kepada Agama

Tempat Ibadat

  1. Guru menunjukkan gambar tempat-tempat ibadat bagi setiap kaum. Contoh:-

    Masjid

    Tokong

    Kuil

    Gereja
  2. Guru menerangkan siapakah yang beribadat di tempat-tempat tersebut

  3. Guru meminta murid memadankan gambar dengan kaum yang beribadat di tempat-tempat berikut.

Perayaan di Malaysia

  1. Guru menunjukkan kad gambar jenis-jenis perayaan di Malaysia.

  2. Guru Menamakan perayaan yang berkaitan :

    • Hari Raya Puasa
    • Deepavali
    • Tahun Baru Cina
    • Hari Natal

      Hari Raya Aidilfitri

      Tahun Baru Cina

      Deepavali

      Hari Natal
  3. Gambar pakaian tradisional kaum di Malaysia


    baju kurung

    cheongsam

    sari

    pakaian Iban

    pakaian Sumazau



Download Panduan Pemimpin
Download Program Pandu Puteri Kelip-Kelip

Carta Aliran 04-09

Carta Aliran Pandu Puteri Di Sekolah Rendah & Menengah 2004-2009Carta Aliran Pandu Puteri Di Sekolah Rendah & Menengah 2004-2009

Anda di sini: Home