Latest news!

Thu, 29 Feb 2024

Beyond Borders: Inspiring Action on World Thinking Day

Sambutan Hari Peringatan Sedunia (World Thinking Day) 2024 Persatuan Pandu Puteri Malaysia Khamis, 29 Februari 2024 , Dewan Wawasan 2020 , Kangar ,Perlis . Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) menyambut Hari Peringatan Sedunia bertemakan “Our World, Our Thriving Future” (Dunia kami, Masa Depan yang Maju), bertempat di Dewan 2020 Kangar Perlis. Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis telah dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 . Seramai 1,000 orang memeriahkan sambutan tahun ini. Cawangan -cawangan di seluruh negara telah menghantar peserta masing-masing untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan. Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli merasmikan program Hari Peringatan Sedunia 2024 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (World Thinking Day 2024 - Our World ,Our Thriving Future) dengan penuh gemilang . Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Tuanku Raja Perempuan Perlis, Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Yg Dipertua PPPM dan isteri kepada Perdana Menteri, YAB Dato Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Isteri kepada Menteri Besar Perlis, YABhg Puan Najwa bt Othman, Timbalan Yg Dipertua PPPM, YM Dato' Tengku Hj. Shireen binti Tengku Suleiman, Ketua Pesuruhjaya PPPM, Dato’ Yeoh Soo Keng, Pengarah-Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia dan Perlis, Pengetua-Pengetua, Guru Besar – Guru Besar, PK Ko-ko Sekolah Negeri Perlis adalah di antara tetamu-tetamu terhormat yang turut hadir memeriahkan program tersebut. Enam pertandingan telah direka berdasarkan tema-tema yang memenuhi matlamat pembangunan mampan dan lestari United Nations (17 SDG) dan telah diinspirasi oleh prinsip-prinsip SDG 3 (kesihatan dan kesejahteraan yang baik), SDG 7 (tenaga lestari dan berharga perpatutan), SDG 11 (bandar dan komuniti yang mampan), SDG 12 (pengeluaran dan penggunaan sumber secara bertanggungjawab), SDG 13 (bertindak untuk kebaikan cuaca), SDG 14 (kehidupan di bawah laut dan sumber air yang sihat), SDG 15 (kehidupan di darat yang sihat), dan SDG 17 (pembentukan perkongsian untuk mencapai matlamat masa depan yang lestari dan mampan). Ahli-ahli PPPM dari seluruh negara yang terdiri daripada Pandu Puteri Tunas , Pandu Puteri Remaja dan Renjer, Kadet, Klover dan Trefoil Guild menyertai pertandingan yang bertujuan untuk memberi peluang untuk menjayakan tema Hari Peringkatan Sedunia 2024 iaitu "Dunia Kita, Masa Depan yang Maju" . Bagi pertandingan “Mencintai Alam Sekitar” melalui penghasilan seni kolaj, para peserta dicabar untuk membina seni menggunakan bahan terbuang seperti penutup botol dan bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula. Peserta-peserta yang terdiri dari Pandu Puteri Remaja dan Renjer mengambil bahagian dalam Pertandingan 3R Princess. Pertandingan ini mencabar peserta menggayakan pakaian daripada bahan-bahan kitar semula. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk pertandingan ini adalah bahan-bahan kitar semula seperti kertas tisu, plastik terbuang, botol air mineral, kertas surat khabar direka secara kreatif menjadikan pakaian dan digayakan oleh Pandu Puteri. Pertandingan Make Me Breakfast merupakan pertandingan memasak sarapan oleh Persatuan Pandu Puteri. Para peserta menyediakan sarapan pagi yang sihat dan seimbang berdasarkan SDG 3 dari bahan-bahan yang mudah diperolehi dan penyediaan yang cepat dan ringkas. Semasa menjalankan pertandingan ini, kerjasama kumpulan, kreativiti dan kebersihan serta Kesihatan amatlah dititikberatkan. Environmental Sketch adalah pertandingan melukis dan mewarna disertai oleh Pandu Puteri Tunas sahaja. Pertandingan ini adalah pertandingan berkumpulan dan memerlukan kreativiti yang tersendiri dalam mengendalikan hasil karya pada sekeping kain putih. Hasil lukisan amatlah menggalakkan dan boleh dibanggakan. Satu lagi pertandingan yang menarik ialah kemahiran mengukur kelapa (Kukuq Nyoq) dan menganyaman ketupat riben oleh wakil Guild Trefoil. Seramai lebih daripada 1,000 hadirin akan membawa prinsip-prinsip dan contoh teladan Hari Peringatan Sedunia 2024 ke seluruh pelusuk negara. Girl Guides Association Malaysia World Thinking Day Celebrations 2024 Thursday, 29 February 2024 Dewan Wawasan 2020 , Kangar ,Perlis . The Girl Guides Association of Malaysia (GGAM) celebrated World Thinking Day 2024 with the theme "Our World, Our Thriving Future", at Dewan 2020 Kangar Perlis. The GGAM Perlis Branch has been chosen as the host of the national celebration of World Thinking Day. A total of 1,000 people joined in this year's festivities and celebration with branches across the country sending their respective participants to participate in the organized competition from the various categories of Girl Guides. The Royal Patron of the Girl Guides Association of Malaysia, Queen of Malaysia, Her Majesty Raja Zarith Sofiah, led the congregation in officiating the inauguration of the Malaysian Girl Guides Association's World Thinking Day 2024 program (Our World, Our Thriving Future) in full regalia and glory . Her Majesty Tuanku Tengku Fauziah Binti Tengku Abdul Rashid, Tuanku Perempuan Raja Perlis, Her Highness Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, Her Highness, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Tuanku Raja Puan Muda Perlis, President of GGAM and the wife of the Prime Minister, YAB Dato Seri Dr Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Wife of the Chief Minister of Perlis, Pn. Najwa binti Othman, Vice President GGAM & President of GGAM Perlis Branch, YM Dato' Hajah Tengku Shireen binti Tengku Suleiman, GGAM Chief Commissioner, YBhg. Dato’ Yeoh Soo Keng, The officers of the Education Ministry of Malaysia and the state of Perlis, Principals, Headmasters, and Co-curriculum Heads of Perlis State Schools were among the dignitaries who were also present to enliven the program. Six competitions were organized to enliven this national level celebration. All competitions have been designed based on WAGGGS themes that meet the United Nations 17 Sustainable Development Goals (SDG). Among the 17 SDGs that inspired and guided the planning of activities for the World Day of Thinking for GGAM were the principles of SDG 3 (good health and well-being), SDG 7 (affordable and clean energy), SDG 11 (sustainable cities and communities), SDG 12 (responsible consumption and production), SDG 13 (climate action), SDG 14 (life under water), SDG 15 (life on land), and SDG 17 (partnerships for the goals). All GGAM members from Brownies, Girl Guiders, Rangers, Cadets, Clovers, and the Trefoil Guild participated in competitions aimed to provide opportunity to bring to life the essence of the “Our World, Our Thriving Future", theme of the day. For the “Loving the Environment” competition through the production of collage art, the participants were challenged the to build art utilizing discarded materials such as bottle caps and materials- other recyclable materials. The participants consisting of Girl Guides and Rangers took part in the 3R Princess Competition. This competition prompted participants to come out with innovative and amazing style dan designs inspired by sustainability as a theme. The contestants created interesting clothes from recycled materials such as tissue paper, discarded plastic, mineral water bottles & newspaper. The Make Me Breakfast competition is a breakfast cooking competition organized by the Girl Guide Association. The participants with SDG3 in mind prepared a healthy and balanced breakfast from easily available ingredients through quick and simple preparations. During this competition, group cooperation, creativity, hygiene and health are emphasized and was clearly evident from all participants. Environmental Sketch is a group drawing and coloring competition that demanded unique creativity in handling the final art piece on a single piece of white cloth. The results of the submitted final paintings were very encouraging and a point of pride for all who took part. Another interesting competition is the skill of measuring coconuts (Kukuq Nyoq) and weaving ketupat ribbons for Trefoil Guild Members. A unique contest that champions tradition but interspersed with recycled materials and sustainability as an angle to preserve tradition and culture that should still be relevant and preserved today. More than 1,000 attendees will carry forward the principles and examples set during World Thinking Day to all corners of the country.
Read more
Fri, 23 Feb 2024

KDYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Menyandang Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM): Menyemarakkan Semangat dan Menjadi Inspirasi kepada semua ahli Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang secara rasminya sebagai Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Turut hadir YABhg Dato' Seri Dr.Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, selaku Yang Dipertua PPPM, diiringi oleh YM Dato' Tengku Datuk Shireen binti Tengku Suleiman, Timbalan Yang Dipertua PPPM, dan YBhg Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Istana Negara pada hari Jumaat, 23 Februari 2024. Seluruh warga PPPM teruja dan bersemangat untuk maju ke hadapan di bawah naungan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Satu majlis ringkas KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap perwakilan PPPM sebagai Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri secara rasmi dengan disembahkan selempang Pandu Puteri songket biru dan pin emas bertatahkan permata nilam. Pertemuan pertama perwakilan PPPM bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengukirkan kemesraan yang menunjukkan satu titik permulaan yang indah dan masa depan yang cemerlang untuk Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM). (Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia as a Royal Patron of Girl Guides Association Malaysia (GGAM), Igniting Enthusiasm and Inspiration to all Girl Guides - 23/02/2024) The Girl Guides Association Malaysia (GGAM) welcomes and honours Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia who will officially as Royal Patron for Girl Guides Association of Malaysia. GGAM was enthralled and enthusiastic to share under Her Majesty, Raja Zarith Sofiah's leadership and wisdom in the future. YABhg Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail as President of GGAM accompanied by YM Tengku Dato' Shireen binti Tengku Suleiman Vice President of GGAM and YBhg Dato' Yeoh Soo Keng Chief Commissioner of GGAM were present in attendance to Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia at the Royal Palace (Istana Negara) on Friday, February 23, 2024. A simple ceremony was hosted where the GGAM leaders officiated the installation as a Royal Patron for Her Majesty, Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia with the official sash and gold pin with sapphire. The delegation had a wonderful first encounter with The Queen of Malaysia and Her Majesty's largess and warmth, a sure indicator for the bright future to come for Girl Guides Association Malaysia (GGAM).
Read more
Fri, 15 Dec 2023

Royal Gratitude: 5 Years Strong with Her Majesty, The Queen of Malaysia by Our Side!

To close the curtains on a splendid 2023, there is no fitting event than to close the year with our Exco meeting and a farewell luncheon for Her Majesty Queen Azizah of Malaysia who have served her 5 year term as the Queen of Malaysia and as Patron of Girl Guides Association Malaysia. The Executive Council of GGAM and Branch Chief Commissioners were in attendance to bid farewell to Her Majesty. We could not have asked for a more supportive and exemplary Patron to our movement. We are extremely thankful and we are proud to have had the privilege to call her one of our own and even more so, to have had the opportunity for Her Majesty to share her life and time with us. As we look fondly back on 2023, our eyes are cast forward and we are hopeful in where we go in 2024 building on the foundation set by our great leaders such as Her Majesty Queen Azizah of Malaysia, Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, and Dato' Tengku Shireen binti Al-Malhum Dato' Paduka Tengku Suleiman. Untuk menutup tirai buat tahun 2023 yang bermakna, mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan telah diadakan dan diakhiri dengan Santapan Diraja bersama KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang tamat tempoh perkhidmatan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong dan Penaung PPPM. Kami tidak akan berpeluang menikmati Penaung yang lebih menyokong dan akan kekal menjadi teladan kepada persatuan kami. Kami berterima kasih ke atas penaungan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong dan kami berbangga kerana mendapat keistimewaan berpeluang untuk berkongsi kehidupan dan masa KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong selama lima tahun . Sambil kita mengimbas kembali tahun 2023, pandangan kita ditujukan ke hadapan dan kita berharap ke mana kita akan pergi pada tahun 2024 adalah dibina dengan asas yang ditetapkan dan diterajui oleh pemimpin besar kita seperti KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariahbinti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj , Yang Dipertua PPPM, Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail dan Timbalan Yang Dipertua PPPM, Dato' Tengku Shireen binti Al-Malhum Dato' Paduka Tengku Suleiman.
Read more
Wed, 6 Dec 2023

Guiding the Way: Girl Guides Malaysia Embark on a Brainstorming Retreat!

We are very proud that we took time together as an organization to come together in a Brainstorming Retreat and Leadership training to go through the WAGGGS Leadership Mindset Training and self-reflect on how far we have come but also reconcile our shared ambition and plans for an even more exciting and bigger 2024 to come. Our 7 Girl Guide Trainers managed to test our President. Our Beloved President, YABhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail was the first GGAM President to be enrolled by our GGAM Chief Commissioner, Dato’ Yeoh Soo Keng witnessed by Queen Azizah of Malaysia in a ceremony involving all States and Branch Commissioners who attended the retreat. It was so touching to sight the entire Girl Guides Fraternity witness by its Patron and headed by its President together with its Chief Commissioner and Branch Commissioners releasing the first turtle rescued and released back to sea at Pangkor Laut Island Resort. Kami amat berbangga kerana kami juga sempat meluangkan masa bersama sebagai sebuah organisasi untuk bersama-sama merenung kembali pencapaian kami di 2023 dalam "Retret Brainstorming PPPM " di Pangkor Laut Resort tetapi lebih penting lagi untuk kami menyelaraskan cita-cita dan rancangan bersama kami untuk tahun 2024 yang semestinya akan lebih menarik dan lebih menonjol yang akan datang. Hari ini dalam sejarah. Satu upacara bermakna iaitu Upacara Perlantikan Pandu Puteri di mana Yang Dipertua PPPM, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail telah dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya PPPM, Dato' Yeoh Soo Keng disaksikan oleh KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong di Pangkor Laut Resort. Yang Dipertua PPPM yang dikasihi, YABhg Dato’ Seri Dr.Wan Azizah binti Wan Ismail merupakan Yang Dipertua PPPM yang pertama dilantik. Beliau telah diuji oleh 7 jurulatih Pandu Puteri yang bertauliah. Salah satu memori di 2023 yang menyentuh perasaan adalah apabila menyaksikan Persaudaraan Pandu Puteri oleh Penaung PPPM dan diketuai oleh Yang Dipertua Pesuruhjaya PPPM dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan PPPM melepaskan penyu pertama yang diselamatkan di Pulau Pangkor Laut dan dilepaskan semula ke laut.
Read more

Activity Schedule

Photo Gallery

BLOOD DONATION DRIVE 2019 - PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA,CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
View
BENGKEL ANUGERAH TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA 2018
View
PERKHEMAHAN PANDU PUTERI REMAJA DAN CABARAN PANDU PUTERI RENJER PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 2019
View