Matlamat
Matlamat PPPM 1
"Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualiti".
"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya".
Objektif 1 | Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat Cawangan |
Objektif 2 | Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh |
Objektif 3 | Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli |
Objektif 4 | Meningkatkan prestasi pemimpin |
Objektif 5 | Meningkatkan jumlah ahli |
Objektif 6 | Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan |
Objektif 7 | Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan |
Matlamat PPPM 2
"Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya".
Objektif 1 | Menonjolkan imej moden |
Objektif 2 | Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia) |
Objektif 3 | Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita) |
Objektif 4 | Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan |
Objektif 5 | Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul |
Objektif 6 | Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik |
Objektif 7 | Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia |
Matlamat PPPM 3
"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan".
Objektif 1 | Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa |
Objektif 2 | Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa |
Objektif 3 | Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan |
Objektif 4 | Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa |
Objektif 5 | Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa |
Objektif 6 | Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan |
Objektif 7 | Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan |