Sections

BENGKEL PERSEDIAAN UJIAN JURULATIH.

Image

8 - 9 June 2024

BENGKEL PERSEDIAAN UJIAN JURULATIH.
PADA : 8 & 9 JUN 2024
TEMPAT : WISMA PANDU PUTERI KUALA LUMPUR
PESERTA : 27 orang dari 8 cawangan
Urusetia/ fasilitatur 8 orang dari Majlis Jurulatih Kebangsaan PPPM

Sesi di mulakan dengan taklimat bengkel  dan borang penilaian serta  sesi mengapa perlu ujian jurulatih dan tugas apabila bergelar jurulatih bertauliah. Peserta dibekalkan dengan Buku/Fail Uniform PPPM untuk menjadi rujukan mereka .

Bengkel bersambung dengan sukatan dan syarat sijil jurulatih. Sesi diteruskan dengan sukatan ujian Jurulatih Pengurusan.  Sukatan Jurulatih Perkhemahan pula disambung. Tujuannya adalah memberi pendedahan kepada pemimpin bahawa selain dari bahagian-bahagian PP Renjer, PP Remaja dan PP Tunas, mereka juga boleh memilih menjadi calon Jurulatih Pengurusan dan Jurulatih Perkhemahan.

Bengkel diteruskan dengan sukatan bahagian-bahagian PP Tunas, PP Remaja dan PP Renjer.
Peserta boleh memilih mana-mana   lima kumpulan perbengkelan bahagian-bahagian  tersebut diatas.
Mereka diberi “task” untuk perbengkelan dan diketuai oleh setiap fasilitatur berkenaan
1. Perancangan sukatan
2. Rancangan Pelajaran setiap “slot” dalam sukatan .
3. Setiap “Slot” perlu dimasukkan elimen  “WAGGGS mindset”
Elimen  “WAGGGS mindset” telah diberi pendedahan oleh Fasilitator bengkel.
Hari kedua bengkel peserta menjalankan istiadat pengibaran bendera iaitu lingkungan PP Tunas., Ladam Kuda dan Formasi V.

Berikutnya sesi pembentangan hasil perbengkelan dari setiap kumpulan. Sesi ditamatkan dengan menjawab soalan penilaian dan majlis penutup. Dalam majlis penutup beberapa ucapan iaitu dari pengurus bengkel dan seorang wakil peserta. Peserta dan Fasilitatur menerima sijil Penyertaan dari Dato KP  dan seterusnya ucapan perasmian penutupan  oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato Yeoh Soo Kheng.
ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage