Selamat Hari Malaysia!
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua di Malaysia dan di seluruh dunia yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa kami sepanjang 110 tahun ini.
Bersama-sama, kita telah membina warisan perkhidmatan, kepimpinan, persahabatan, and pemerkasaanâsatu warisan yang akan terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
110 tahun warisan. 110 tahun kenangan. 110 tahun membawa perubahan.
Bersatu Teguh!
Berkhidmat untuk negara melalui Pandu Puteri,
Dato' Yeoh Soo Keng
Ketua Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
-------
Happy Malaysia Day !
The Girl Guides Association Malaysia extends our heartfelt gratitude to each and everyone of you in Malaysia and across the world who has been part of our remarkable journey over the past 110 years.
Together, we have built a legacy of service, leadership, friendship and empowerment - one that will continue to inspire generations to come.
110 years of legacy. 110 years of memories. 110 years of making a difference.
Unity is Strength !
Serving the nation through guiding,
Dato' Yeoh Soo Keng
Chief Commissioner
The Girl Guides Association Malaysia.
ð²ð¾ SELAMAT HARI MERDEKA ð²ð¾
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Pemimpin dan Pandu Puteri yang telah memberikan komitmen, usaha gigih serta sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam membentuk Persatuan kita sehingga ke tahap ini sepanjang 110 tahun sejarah kepanduan di Malaysia.
Ucapan terima kasih yang tulus juga kami tujukan kepada semua rakan kerjasama, penaja, Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran, agensi-agensi Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, atas sokongan, kerjasama dan bantuan yang berterusan dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti kami di seluruh negara.
Sempena sambutan Hari Merdeka ini, marilah kita terus berdiri teguh dalam semangat perpaduan, keharmonian dan khidmat bakti demi negara Malaysia yang tercinta.
Selamat Hari Merdeka kepada setiap rakyat Malaysia!
PERPADUAN MEMBAWA KEKUATAN!
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI PANDU PUTERI
Dato Yeoh Soo Keng
Ketua Pesuruhjaya
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
-------
ð²ð¾ HAPPY MERDEKA DAY ð²ð¾
The Girl Guides Association Malaysia extends our heartfelt appreciation and gratitude to all our dedicated Leaders and Guides for your unwavering commitment, hard work and support in shaping our Association throughout 110 years of Guiding.
Our sincere thanks also go to our valued partners, sponsors, City Hall and Municipal Councils, Government agencies, and especially the Ministry of Education, for your continued support and cooperation in making our programmes and activities across the nation possible.
As we celebrate Merdeka, may we continue to stand together in unity, harmony and service for our beloved nation.
Happy Merdeka Day to every Malaysian!
UNITY IS STRENGTH!
SERVING THE NATION THROUGH GUIDING
Dato Yeoh Soo Keng
Chief Commissioner
Girl Guides Association Malaysia
Lawatan Kepimpinan Dan Kesatuan Global | Global Leadership and Unity Visit
Saya mempunyai visi untuk menghantar ahli-ahli Pandu Puteri dan para pemimpin kita ke kelima-lima Pusat Dunia WAGGGS.
Kumpulan pertama ahli dan pemimpin kita akan berlepas malam ini ke WAGGGS Kusafiri World Centre di Ghana untuk menyertai Program Kepimpinan Kwa Utamaduni.
Kita merancang untuk menghantar seorang ahli Pandu Puteri daripada setiap cawangan, iaitu daripada kalangan Pandu Puteri Remaja yang akan dipilih oleh setiap cawangan, dengan keutamaan diberikan kepada ahli daripada keluarga B40.
Kumpulan pertama ini melibatkan ahli daripada empat cawangan, iaitu Pahang, Perlis, Selangor and Sabah.
Turut bersama ialah seorang pemimpin Pandu Puteri sekolah dari Pulau Pinang sebagai pengiring, selaras dengan prasyarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, serta Pesuruhjaya Antarabangsa kita.
Mereka semua akan berlepas pada tengah malam ini.
Kita doakan yang terbaik buat mereka dan berharap mereka akan membawa pulang sebanyak mungkin ilmu, pengalaman serta pengetahuan untuk membimbing dan menjadi inspirasi kepada ahli-ahli Pandu Puteri yang lain.
Semua cawangan lain boleh mula bersedia dan mengenal pasti calon ahli yang paling layak untuk menyertai program yang seterusnya. Kita sedang berusaha untuk merealisasikan penyertaan kumpulan berikutnya pada suku terakhir tahun ini.
Berkhidmat untuk negara melalui Pandu Puteri.
Soo Keng, Yeoh
Ketua Pesuruhjaya
-------
I have the vision of sending our girls and leaders to the 5 World Centres.
The 1st batch of girls and leaders leave tonight to WAGGGS Kusafiri World Centre in Ghana for the Kwa Utamaduni Leadership Program
We will be sending a girl from each branch (Pandu Puteri Remaja to be selected by each branch - preferbly from B40 family) .
The first batch which involve girls from 4 branches, Pahang, Sabah, Perlis, Selangor, a school girl guide leader from Penang to accompany ( a prerequisite of the ministry of education ) and our International Commissioner .
They all leave at midnight tonight . We wish them all the best and hope they bring back lots of knowledge to guide and be an inspiration to other girls .
All other branches can standby looking out for the most qualified girl for the next programme, we are trying for last quarter of this year .
Berkhidmat untuk negara melalui Pandu Puteri,
Soo Keng, Yeoh
Ketua Pesuruhjaya