Program “Childhood Memories: Citarasa Nostalgia” bersempena Sambutan Hari Warga Emas 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 4 Oktober 2026 bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur.
Program anjuran Pandu Puteri Trefoil Guild Kebangsaan ini telah menghimpunkan seramai 100 orang peserta dan tetamu dalam suasana penuh ceria, mesra dan nostalgia.
Majlis bertambah istimewa dengan kehadiran YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, bersama Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia, YAM Tengku Datin Seri Ramlah Azizah bt Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ( Mantan YDP PPPMC Terengganu ), Puan Sri Aisya Hj Shamsuddin ( TYDP PPPMC Selangor ) .
Pelbagai pengisian menarik diadakan termasuk aktiviti bertemakan kenangan zaman kanak-kanak,perkosongsian bersama tetamu, nyanyian dan tarian bersama YBhg. Dato ' Chef Ismail Ahmad serta demonstrasi masakan olehChef Celebriti ,Y Bhg Dato’ Chef Ismail Ahmad yang membawa kembali nostalgia cita rasa dahulu.
Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk meraikan dan menghargai warga emas, malah mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat persaudaraan dalam kalangan ahli Pandu Puteri Guild Trefoil.
Childhood Memories: Citarasa Nostalgia berjaya menghubungkan generasi melalui kenangan, persahabatan dan kebersamaan yang cukup bermakna.